Assalamualaikum
Ramai yang terfikir-fikir apa pelaburan paling sesuai untuk dibuat bagi dapat side income. Sebenarnya both goldbar dan barang kemas kedua-duanya adalah emas. Ini Fakta! tidak boleh diubah. Jadi, jika anda dah memiliki emas, maka apa lagi yang anda nak. Yang penting kita tambah koleksi emas tu. KONSISTEN! susah sangat ni.
Goldbar biasanya adalah emas 999. Maksudnya kandungan ketulenan emas adalah 99.9%. Untuk orang-orang yang mahu pastikan kekayaan mereka benar-benar terpelihara, mereka akan kumpul goldbar. Sebabnya goldbar tinggi ketulenan. Spreadnya juga kecil. Bagus kan??Dulu goldbar memang mainan orang kaya. Mereka akan beli golbar 1kg. Tapi, hari ini, semua orang mampu sebenarnya untuk memiliki emas. Dah ada pun goldbar serendah 1g. Simpan sikit2, lama2 banyak juga insyaAllah. So nak pilih golbar ke barang kemas?
Barang kemas pulak biasanya emas 916. Maksudnya ketulenan emas adalah 91.6%. Selebihnya adalah logam lain yang dicampur dengan emas. Ini bukan emas tipu ya! jangan pulak ada yang kata emas 916 emas tipu. Tak, barang kemas sebenarnya kalau ia 916 maksudnya bagus sangatlah tu. Sebab emas ni sifatnya sangat lembut. Kalau golbar tu, nak cek ketulenannya, just cucuk je dengan jarum. Ada lekuk, insyaAllah itu emas tulen. Jadi, kalau barang kemas, tak sesuai lah 999. sebab barang kemas ni kita pakai, dah tentu-tentu kita lasak nak basuh pinggan, nk cuci kain, kemas rumah, jadi sangat perlukan campuran logam lain supaya ia tahan lama. Dan semestinya, barang kemas memang jauh lebih baik dari simpanan emas. So, nak pilih goldbar ke barang kemas??
Apa yang penting adalah kita faham kenapa kita kene simpan emas.
Buat simpanan emas anda sekarang.
Kamilah +60173325801
No comments:
Post a Comment